PRK Slim: Undi awal memihak kepada BN
UNDi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Slim memihak kepada calon Barisan Nasional Mohd Zaidi Aziz yang mendapat 241 undi.
Calon Pejuang Amir Khusyairi Mohamad Tanusi mendapat 11 undi manakala calon bebas S Santharasekaran tidak memperoleh sebarang undi.
Sebanyak 96.25 peratus pengundi awal membabitkan pegawai dan anggota polis keluar menunaikan tanggungjawab pada PRK Slim pada 25 Ogos lalu.
PRK Dun Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, 15 Julai lalu akibat serangan jantung.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mohd Khusairi memperoleh 8,327 undi dengan majoriti 2,183 undi mengalahkan Mohd. Amran Ibrahim (PKR) dan Zulfadzli Zainal (Pas).-SM