PRK Kuala Kubu, satu referundum rakyat kepada kerjaaan
1. Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Baharu kini menjadi *SATU REFERENDUM* kepada *KERAJAAN CAMPURAN* dan Referendum kepada Kerjasama Politik *UMNO-DAP.*
Rakyat Kuala Kubu Baharu ataupun dipanggil KKB mahukan PRK ini menjadi satu Signal kepada Kerajaan Campuran.
Manakala, Ahli-ahli UMNO dan Orang-orang Melayu pula mahukan KKB menjadi satu *REFERENDUM KERJASAMA POLITIK UMNO-DAP.*
2. Ramai Orang-orang Melayu hari ini jelas kelihatan *MENOLAK* kerjasama politik dengan DAP ini, walaupun mereka disogok dengan pelbagai Peruntukkan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan lain-lain Agensi Kerajaan.
Orang-orang Melayu KKB juga jelas kelihatan menolak Calon Cina DAP ini, walaupun di kempen oleh Tan Sri Muhammad Taib, Zainal Abidin Sakom dari Veteran UMNO dan Megat Zulkarnain.
Kempen-kempen dari pemimpin UMNO dan bekas pemimpin UMNO ini (Muhammad Taib) dilihat tidak berkesan dan tidak membawa sebarang impact kepada pengundi-pengundi Melayu.
Bagaimanapun, pengundi-pengundi Cina di KKB, 80% – 90% peratus kelihatan dilihat masih lagi bersama Calon Cina DAP.
Ini akan memperlihatkan 17.79% pengundi India sebagai satu Badan Penentu keputusan PRK KKB ini pada 11 Mei nanti.
3. Pada PRU 2018, keputusan di DUN KKB adalah seperti berikut ;
*CALON PH-DAP :* 57.85%.
*CALON BN-MCA :* 28.59%.
*CALON PAS :* 13.56%.
Pada PRU 2023 Negeri Selangor, keputusan di DUN KKB adalah seperti berikut ;
*CALON PH-DAP :* 54.40%.
*CALON GERAKAN-PN :* 39.33%.
*CALON MUDA :* 4.34%.
4. Keputusan kedua-dua Pilihanraya ini memperlihatkan beberapa perkara yang amat jelas iaitu ;
(i). Sokongan terhadap Calon DAP-PH tidak bertambah secara mendadak. Stagnant (tidak bergerak) pada kadar 54% – 57%.
Malahan menurun 3% peratus.
Manakala, Sokongan kepada Calon Perikatan Nasional bertambah dari 13.56% (Calon PAS) kepada 39.33% peratus (Calon Gerakan).
Dengan Calon MUDA tidak bertanding kali ini. 4.34% undi dari Calon MUDA boleh dirampas (dialih) kepada Perikatan Nasional.
5. Hakikat yang jelas, Perikatan Nasional yang mempunyai hampir 40% peratus sokongan di Kuala Kubu Baharu, hanya perlu *SWING* 11% peratus Undi Melayu, Undi India ataupun Undi Orang Asli (Orang Asli ada 5% di KKB), untuk *MENANG DI KUALA KUBU BAHARU.*
6. Rakyat melihat PRK KKB ini sebagai *SATU REFERENDUM RAKYAT* diatas *3 PERKARA PENTING* iaitu :
(i). *REPORT CARD PRESTASI KERAJAAN PERPADUAN.*
PRK ini membolehkan Rakyat memberi Signal kepada Kerajaan Perpaduan ini, samada Kerajaan ini *GAGAL ATAU BERJAYA* didalam menguruskan Pentadbiran Negara dalam 1 tahun 5 bulan ini.
(ii). *EKONOMI NEGARA DAN KOS SARA HIDUP RAKYAT.*
PRK ini juga merupakan Referendum Rakyat terhadap Kerajaan ini, samada Kerajaan ini *BERJAYA* atau *GAGAL* didalam menangani Isu Ekonomi dan Kos Sara Hidup Rakyat.
Kedua-dua Isu ini amat penting untuk Rakyat bukan sahaja demi kelangsungan hidup Rakyat tetapi demi Rakyat untuk terus Survive (bernafas) didalam berhadapan dengan kegawatan Ekonomi Negara.
(iii). *RULE OF LAW.*
Rakyat juga mahu lihat Rule of Law ataupun Kedaulatan Undang-Undang diperkukuhkan dan dijunjung oleh Government of the Day ataupun Kerajaan Hari ini.
Rakyat mahukan *Ketenteraman Awam* ataupun *Public Safety* dipertingkatkan.
Rakyat mahukan *NO ONE IS ABOVE THE LAW* dan tidak ada *DOUBLE STANDARD* didalam menghukum dan menjalankan peruntukkan Undang-Undang Negara ini, samada untuk Ahli-Ahli Politik disebelah Kerajaan mahupun disebelah pembangkang.
Ini termasuklah *KEBEBASAN BERSUARA* dan *KEBEBASAN MEDIA.*
6. 3 Perkara ini amat penting untuk Rakyat Kuala Kubu Baharu sebelum mereka membuat keputusan pada Pilihanraya Kecil ini.
Isu-isu Pembangunan dan Projek-projek Kecil untuk Kampong adalah juga penting untuk Orang-orang KKB tetapi 3 Isu Utama ini merupakan *ISU TERPENTING* yang akan mengubah Sikap Polar Pengundian Pengundi-Pengundi Kuala Kubu Baharu, Selangor ini.
Bandar Kecil di Hulu Selangor ini akan menjadi tumpuan seluruh Negara pada 11 Mei 2024 nanti.