Nasional

Prinsip pemisah kuasa diberi penekanan khusus dalam menjunjung rule of law

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip pemisahan kuasa antara cabang eksekutif dan kehakiman diberi penekanan khusus agar negara dan tatanan ini terus hormat dan menjunjung prinsip negara hukum (rule of law).

Beliau berkata, pelbagai isu yang dekat dengan rakyat dalam persoalan undang-undang selain menggerakkan inisiatif bantuan guaman melalui skim yang dimulakan sejak 40 tahun lalu harus diberi perhatian.

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berucap di majlis wacana International Malaysia Law Conference 2023.

Perdana Menteri Anwar berkata demikian dalam catatan di akaun Facebook yang merujuk kepada majlis wacana International Malaysia Law Conference 2023 yang dihadirinya, pagi tadi.

Majlis tersebut berlangsung selama tiga hari anjuran Majlis Peguam (Bar Council) di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.

Kata Anwar, pelbagai permasalahan yang merundung negara terutamanya dari sudut pandang undang-undang serta peranan badan kehakiman (judiciary) sebagai salah satu cabang pemerintahan yang bertanggungjawab terhadap aspek dan prinsip keadilan.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan, diiringi YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz.

Di majlis tersebut, Anwar turut memberikan penghargaan kepada Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat atas peranan dan kesungguhan beliau dalam memperkuat keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan di negara ini. – SM

BACA Penjawat awam perundangan selar Tommy hina pegawai undang-undang

BACA Kerajaan Perpaduan yang terbentuk ada obligasi perundangan – Ahmad Zahid

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button