Principal memperkenalkan dana ekuiti Vietnam
Principal Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Principal Vietnam Equity Fund (Dana) untuk para pelabur yang ingin memanfaatkan potensi pertumbuhan besar ekonomi Vietnam.
Dana ini bertujuan mencapai peningkatan modal jangka panjang melalui pelaburan dalam satu skim pelaburan
kolektif.
“Ekonomi Vietnam telah menunjukkan prestasi yang kukuh dan dilihat sebagai destinasi pelaburan asing yang terkemuka. Ini menjadikan Vietnam sebagai pasaran yang menarik untuk para pelabur yang inginkan pertumbuhan jangka panjang.
“Kami percaya Principal Vietnam Equity Fund akan menawarkan peluang strategik kepada para pelabur dengan akses awal kepada pertumbuhan ekonomi Vietnam yang rancak, dengan potensi untuk menjana pulangan yang menarik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Principal Malaysia & Syariah Global, dan Pengarah Urusan Edaran Strategik & Pelanggan Institusi bagi Principal Asia Tenggara, Munirah Khairuddin.
Dana tempatan menawarkan dua kelas saham untuk para pelabur: USD dan Kelas MYR-Hedged.
Saham Kelas D pula akan diterbitkan kepada para pelabur pada suku ketiga 2024.
Dana ini disalurkan kepada Principal Vietnam Equity Fund (Dana Sasaran), yang mempunyai nama yang sama dengan Dana di Thailand yang diuruskan oleh Principal Asset Management Thailand.
Dengan rekod prestasi yang terbukti, dana sasaran ini telah memperolehi pengiktirafan sebagai salah satu dana ekuiti Vietnam berprestasi tinggi di Thailand sepanjang tempohnya, dengan taraf lima bintang daripada Morningstar.
Pasukan pelaburan kami yang berpengalaman merupakan antara faktor utama bagi pencapaian ini.
Mereka merupakan antara pengurus ekuiti Vietnam terbesar, yang kini menguruskan kira-kira satu perlima Daripada aset ekuiti Vietnam di Thailand.
Dengan adanya keyakinan tinggi terhadap dana sasaran, dilengkapi dengan pendekatan lapisan atas ke bawah (top-down) serta pemilihan sekuriti lapisan bawah-atas (bottom-up), memastikan pertimbangan cermat diambil
kira sebagai sebahagian daripada proses pelaburan. – SM