Nasional

Presiden MCA pula menghadap Agong

SELEPAS beberapa pemimpin pembangkang menghadap Seri Padu Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam, hari ini Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong pula ke Istana Negara.

Ka Siong menjadi pemimpin politik keenam menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan yang membawa Menteri Pengangkutan itu memasuki pekarangan Istana Negara melalui Pintu 2, pada jam 11.55 pagi.

Selain  Ka Sionghm turut dijadualkan menghadap bagina ialah Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebelum Ka Siong Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menghadap baginda pada jam 11.30 pagi. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button