Nasional

ADUN Permatang Pasir didakwa atas tuduhan mencabul

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas dakwaan melakukan serangan seksual bagi mencabul kehormatan seorang jurujual wanita.

Memetik laporan BH Online Muhammad Faiz, 44, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.

Pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali, semalam.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin, yang mengendalikan kes itu ketika dihubungi BH Online mengesahkan perkara berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berusia 31 tahun, antara jam 9.45 dan 11.30 malam, pada 8 Mac lalu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu ketika berada dalam sebuah kereta dari pusat beli-belah Sunway Pyramid ke Subang Jaya dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan dilrang menganggu saksi pendakwaan.

(Visited 709 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button