Politik

Presiden kata nak cepat PRU, Kepimpinan Top 5 kata bincang

Konvensyen BN: Akar umbi pening?

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini di Konvensyen Puteri Barisan Nasional (BN) di WTC Kuala Lumpur telah menyatakan pendirian UMNO mahukan Pilihan Raya Umum secepat yang mungkin.

Ini agak berbeza dengan pendirian awal di mana MKT UMNO telah mengesahkan pendirian UMNO bahawa Kepimpinan Top 5 akan berbincang menentukan tarikh yang sesuai untuk diadakan Pilihanraya Umum.

Ucapan di WTC ini mengelirukan Ahli-Ahli UMNO dan Rakyat kerana Kerajaan Keluarga Malaysia dipimpin oleh seorang Perdana Menteri dari UMNO.

Sebaik-baiknya perundingan boleh dilakukan oleh Top 5 kepimpinan UMNO dan mana-mana keputusan yang diambil boleh diselaraskan sebaik mungkin.

Keresahan double-talk ini, sekejap kata, Top 5 akan bincang.

Sekejap Presiden UMNO kata, UMNO mahukan Pilihanraya segera, seolah-olah mahukan Pilihanraya diadakan sebelum sebarang keputusan Mahkamah Zahid Hamidi diketahui iaitu pada bulan November 2022 ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button