Portal bantuanbanjir.com mudahkan mangsa banjir dapat maklumat
Kementerian Kewangan mewujudkan portal bantuanbanjir.com yang menghimpunkan pelbagai pautan di bawah satu laman sesawang bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan bantuan banjir.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata senarai penuh bantuan kerajaan seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan bantuan lain bagi membaiki rumah serta baucar membaiki kenderaan tersedia di bawah portal berkenaan.
Beliau berkata, secara keseluruhan, sejumlah RM1.4 bilion sudah diperuntukkan bagi mangsa banjir di negara ini, dengan bantuan boleh mencecah RM61,000 bagi mangsa banjir yang terbabit.
“Ketika saya menyertai pelbagai program bantuan banjir, ramai mangsa yang berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan disalurkan, tetapi satu perkara yang sering ditanya, bagaimana untuk mendapatkan maklumat bagi memohon bantuan.
“Memang betul dengan pelbagai agensi terbabit dalam penyaluran bantuan, mesti ramai yang hendak tahu bagaimana cara mendapatkan bantuan itu,” katanya dalam video berdurasi 1.52 saat mengenai bantuanbanjir.com,