Polis tembak anak dan isteri sebelum bunuh diri
SEORANG anggota polis menembak anak dan isterinya sebelum menembak diri sendiri.
Kejadian itu berlaku di Kampung Parung Serah, Sukmajaya, Depok, Jawa Barat pada hari Rabu lalu.
Menurut penduduk kampung tersebut, lelaki itu merupakan anggota polis yang bertugas di wilayah Jakarta Selatan.
Menurut saksi, pada awalnya berlaku kekecohan disusuli dengan bunyi tembakan sebanyak tiga kali.
Tidak lama selepas bunyi tembakan itu, saksi berkata terdengar suara orang minta tolong dari arah rumah yang menjadi lokasi kejadian.
Saksi memberitahu, anaknya terkena tembakan pada dada sebelah kanan, ibunya pula terkena tembakan di kaki.
Kedua-duanya di bawa ke hospital dan anaknya dikatakan berada dalam keadaan kritikal.
Lelaki tersebut dikatakan dengan membunuh diri dengan menembak diri sendiri. – Tribunnews