Berita

Polis tangkap individu belum buat saringan ke-2 esok

POLIS Diraja Malaysia akan mengambil tindakan menangkap individu-individu yang masih belum tampil untuk ujian saringan kedua Covid-19 pada hari ke-13 kuarantin di rumah mulai esok.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, mereka yang ditangkap akan di dakwa di mahkamah.

“Indvidu yang terbabit diarahkan untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat untuk melakukan ujian saringan kedua,” kata Dr. Noor Hisham.

Sementara itu, seramai 839 individu yang telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa telah ditempatkan di enam Stesen Kuarantin di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor sejak 24 Julai lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, kesemua mereka telah pulang dari 17 negara.

Ini termasuk Indonesia, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Bangladesh, China dan Australia.

“Mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin termasuk kos ujian saringan Covid-19,” kata Dr. Noor Hisham.

Bermula 24 Julai lalu Kerajaan telah memutuskan supaya semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warganegara asing yang masuk ke Malaysia perlu menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di Stesen Kuarantin yang ditetapkan Kerajaan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button