Luar Negara

Polis Switzerland temukan mayat anak lelaki Gabenor Jawa Barat

MAYAT anak Gabenor Jawa Barat, Indonesia, Ridwan Kamil, Emmeril Khan Mumtadz ditemukan pihak berkuasa Switzerland pada hari ke 12 dalam usaha mencari dan menyelamat.

Emmeril, 22, berada di ibu negara Switzerland untuk mengikuti program ijazah sarjana.

Polis Switzerland mengumumkan penemuan mayat anak lelaki Gabenor Jawa Barat itu yang dilaporkan dihanyutkan arus sungai pada 26 Mei lalu.

Mayat Emmeril ditemukan dalam zon limpahan Empangan Engehalde di Bern pada pukul 6.50 pagi, 8 Jun lalu.

Hasil bedah siasat mengesahkan identiti dan punca kematian Emmeril kerana lemas, kata Duta Besar Indonesia ke Switzerland, Muliaman D. Hadad dalam satu sidang media yang diadakan secara langsung.

Emmeril dipercayai dihanyutkan arus sungai secara tiba-tiba semasa allahyarham berenang pada waktu pagi di Sungai Aare.

Mangsa berenang bersama kakak dan rakannya namun kakak dan rakannnya dapat diselamatkan oleh perenang lain. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button