HiburanNasional

Polis siasat dakwaan majlis perkahwinan Neelofa tak ikut SOP

POLIS akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti Neelofa dan pendakwah bebas, Haris Ismail  berkenaan dengan dakwaan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis tersebut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati majlis tersebut telah melanggar SOP yang ditetapkan.

Menurutnya, siasatan kini sedang dilakukan di bawak Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Semalam, perkahwinan Neelofa bersama pasangannya menjadi tumpuan selepas mereka berteka-teki mengenai majlis istimewa itu.

Majlis istimewa itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi semalam di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Namun, terdapat beberapa keping gambar yang tular di media sosial dan menunjukkan bahawa terdapat perlanggaran SOP di dalam majlis tersebut.

Malah, netizen turut membandingkan gambar perkahwinan Neelofa dengan sebuah lagi perkahwinan yang telah diserbu polis kerana melanggar SOP. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button