NasionalNegeri

Polis perlu berilmu untuk berdepan masyarakat, penjenayah

WARGA Polis DiRaja Malaysia (PDRM) disaran supaya sentiasa bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan bagi berhadapan masyarakat dan juga penjenayah.

Ini kerana mereka pada waktu kini dilihat lebih memahami undang-undang dan hak kemanusiaan jika mereka cuba untuk diperiksa dan ditangkap.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan warga IPD Tawau sempena mengetuai delegasi Eks PERBAH 2024.

Sekaligus boleh menyukarkan pihak PDRM dalam melaksanakan tugas dan mampu menjerat kembali pegawai serta anggota yang bertugas jika tidak dijalankan dengan berilmu dan pengetahuan.

PDRM juga perlu bersama-sama berusaha memberikan tanggapan positif kepada masyarakat melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melancarkan Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan oleh FAMA Perlis dengan kerjasama Pejabat FAMA Tawau.

Selain itu, mengamalkan interaksi yang lebih mesra dan bersopan-santun tetapi tegas serta berintegriti ketika menjalankan penugasan. Bersesuaian dengan tema PDRM “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Related Articles

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di Kampung Bombalai, Sabah.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin serta para pegawai kanan.

Hadir sama Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim dan Pegawai Pemerintah PGA Batalion 14, Superitendan, Husaini Zainal Abidin.

Majlis berbuka puasa ini bertujuan untuk menyantuni dan meraikan seluruh warga PDRM IPD Tawau dan beramah mesra bersama delegasi dari Kerajaan Negeri Perlis yang berada di Tawau untuk lawatan Eks PERBAH 2024.

Majlis itu turut diserikan lagi dengan perkongsian ilmiah yang disampaikan oleh Pengarah Urusan AEON Big, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed; Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Dr. Hazami Jahari; serta Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Zaliman Sauli yang dimoderatorkan oleh Zaharin Haris.

Turut diadakan ialah ‘Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan’ yang dilaksanakan oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melalui Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan dengan kerjasama Pejabat FAMA di Tawau.

Sempena program tersebut juga delegasi dari Perlis turut menyumbangkan kepada pihak IPD Tawau RM2,000 kepada masjidnya untuk tujuan aktiviti dakwah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) melalui Ketua Pengarahnya menyerahkan koleksi buku-buku terbitan DBP untuk perpustakaan IPD berkenaan yang diterima oleh Jasmin.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenaan bergambar dengan delegasi Eks PERBAH 2024 yang diketuai Baginda di Tawau, Sabah.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi, dalam kesibukan mengejar masa untuk memastikan penugasan berada pada tahap yang terbaik, peruntukanlah masa juga untuk berkomunikasi dan menjalani aktiviti berkualiti bersama keluarga”, titah Baginda lagi.

Raja Muda menzahirkan ucapan selamat menjalani ibadah dalam bulan Ramadan ini dah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya warga IPD Tawau dalam menjayakan majlis berbuka ini. – SM

BACA Peka hindar ditipu penjenayah siber

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button