JenayahNasional

Polis panggil ADUN Sedili untuk siasatan

Wanita dakwa gangguan seksual

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Johor, Rasman Ithnain dipanggil polis berhubung laporan gangguan seksual yang dibuat seorang wanita terhadapnya.

Menurut laporan Kosmo, wanita itu adalah Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu Bahagian Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Sup. Hussin Zamora berkata, wakil rakyat itu dipanggil bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“ADUN berkenaan telah dipanggil ke IPD Kota Tinggi semalam untuk diambil keterangan. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Semalam, Rasman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi menafikan dakwaan gangguan seksual itu dan menyifatkannya sebagai konspirasi politik serta cubaan untuk menjatuhkan maruahnya.

Ia selepas polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita berusia 26 tahun pada pagi Isnin yang mendakwa beberapa kali diganggu secara seksual oleh seorang ADUN Johor. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button