Nasionalpilihan

Polis nafi dakwaan Klang sebagai bandar tidak selamat di Asia Tenggara

DAKWAAN yang mengatakan Klang sebagai bandar yang tidak selamat dan miliki kadar keselamatan paling rendah di Asia Tenggara adalah mengelirukan dan tidak benar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, maklumat yang terkandung dalam artikel yang diterbitkan laman sesawang ‘Numbeo’ juga tidak dapat dipastikan kesahihannya.

“Kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak menggambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arjunaidi, mengikut statistik polis sejak 1 Januari hingga 30 September lalu, jenayah kekerasan di Klang telah melebihi nilai ambang sebanyak 31.76 kes atau bersamaan dengan enam peratus.

Jelasnya, Jenayah harta benda pula untuk tempoh sama telah berada di bawah nilai ambang iaitu 195.4 kes atau bersamaan dengan 13 peratus.

“Secara keseluruhan, sepanjang tempoh tersebut Klang berada di bawah nilai ambang iaitu sebanyak 163.68 kes atau bersamaan dengan lapan peratus,” katanya.

Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak gusar atau bimbang dengan laporan yang dikeluarkan laman sesawang tersebut kerana ia tidak menggambar statistik dan fakta sebenar kejadian jenayah yang berlaku di Klang, Selangor. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button