Polis kosongkan pejabat Kongres, kakitangan diminta tinggalkan pejabat
PEJABAT Kongres Amerika Syarikat (AS) telah diarah supaya dikosongkan oleh pihak polis ekoran tindakan penyokong Presiden Donald Trump memecahkan sekatan keselamatan di bangunan Capitol, Washington DC untuk menceroboh masuk ke dalam bangunan itu.
Malah polis juga telah mengeluarkan arahan supaya kakitangan Kongres meninggalkan bangunan dan pejabat lain setelah Trump meminta pengikutnya memprotes perakuan kemenangan pilihan raya Joe Biden.
“Baru saja mengosongkan pejabat saya di bangunan Cannon kerana ancaman yang berdekatan.
“Sekarang kita melihat penunjuk perasaan menyerang Polis Capitol,” kata anggota Dewan Perwakilan, Nancy Mace di Twitter.
Penyokong Presiden Donald Trump merusuh dan menyerbu masuk bangunan Capitol dan berusaha memaksa Kongres untuk membatalkan kekalahan pemilihan Presiden Donald Trump pada pemilih Presiden pada 3 November lalu yang memberikan kemenangan kepada pencabar Demokrat, Joe Biden. – SM