Polis buru lelaki raba wanita di Cyberjaya
POLIS sedang memburu seorang lelaki yang meraba seorang wanita di tempat letak kereta Tamarind Square di Cyberjaya semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pengadu, seorang wanita berusia 27 tahun, sedang berjalan ke arah keretanya dengan membawa troli barangan apabila lelaki itu muncul, menawarkan untuk “membantu”nya.
“Lelaki itu menawarkan diri untuk membantu pengadu meletakkan barangnya di dalam kereta kerana dia mahukan troli itu. Pengadu memberitahu dia tidak memerlukan bantuannya dan terus memasukkan barang-barang itu ke dalam keretanya.
Memperkasakan wanita untuk melindungi diri mereka > Klik sini
“Tiba-tiba, lelaki itu menyentuh dan memicit bahagian bawah badannya dan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Kamarul berkata, suspek adalah warga tempatan, berpakaian hitam, mempunyai beg anduh berwarna hitam dan bermata juling.
Dalam catatan Twitter semalam, seorang netizen memperincikan bagaimana seorang rakannya diraba seorang lelaki. Dia juga mendakwa lelaki yang sama meraba wanita lain beberapa minit kemudian. – SM