Politik

Polis buru individu gantung 6 kain rentang tak puas hati PRU15

KENAPA perlu jadi masyarakat yang kurang ilmu, tiada adap dan tidak mencerminkan kebijaksanaan dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang?

Tidak kiralah sama ada perbuatan menggantung kain rentang atau banner di daerah Kota Tinggi, Johor, dilakukan oleh parti politik atau orang perseorangan ataupun ditujukkan kata-katanya untuk sesuatu parti politik.

Perbuatan yang mengundang tindakan undang-undang itu menyebabkan Polis sedang giat mengesan individu yang menggantung enam kain rentang yang memaparkan kata-kata tidak puas hati terhadap PRU15 yang belum lagi diputuskan tarikhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Individu yang sedang dikesan oleh Polis Johor yang bertanggung jawab menggantung kain rentang memaparkan kata-kata luahan perasaan tidak puas hati dipercayai melibatkan sebuah parti politik.

Ketua Polis Kota Tinggi, Hussin Zamor berkata, pihaknya mengesan kain rentang seumpama itu digantung di enam tempat awam semalam.

“Perbuatan itu merupakan satu kesalahan kerana mereka yang berhasrat menggantung kain rentang dan sebagainya di kawasan berkenaan, perlu terlebih dahulu membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran daripada Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya lagi, tindakan menurunkan kain rentang itu telah diambil oleh pihak MDKT.

“Bagaimanapun,  setakat ini, individu yang menggantung kain rentang itu belum dapat dikesan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button