Berita

Polis ambil tindakan anggota gari tangan kanak-kanak

TULAR seorang kanak-kanak digari oleh anggota polis selepas meminta sedekah di jalan raya sambil memegang pistol.

Bagaimanapun, tindakan anggota berkenaan mendapat perhatian Ketua Polis Lahad Datu, Nasri Mansor yang memberitahu akan menyiasat insiden tersebut.

Menurutnya, tindakan terhadap kanak-kanak tidak berbaju itu adalah salah dan termasuklah menularkan gambar tersebut dalam media sosial.

“Tindakan sedemikian tidak betul. Kami akan menyiasat siapa yang melaku dan menyebarkan gambar berkenaan termasuklah mengambil tindakan tegas.

[BACA ARTIKEL] Kanak-kanak dua tahun tercampak: Pemandu Myvi direman tiga hari — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Kanak-kanak dua tahun maut dipercayai ditikam bapa saudara — Suara Merdeka

“Tindakan akan diambil tanpa mengira sama ada dia anggota polis biasa ataupun pegawai,” katanya seperti dilaporkan portal Free Malaysia Today (FMT)

Berdasarkan laporan FMT, dia itu ditahan bersama empat wanita dan 10 kanak-kanak lain yang merupakan komuniti Palauh iaitu Bajau Laut.

Menerusi gambar yang tular itu, kanak-kanak berkenaan dilihat berdiri dekat persimpangan lampu isyarat sambil memegang pistol.

Bagaimanapun, pistol tersebut didapati hanyalah mainan. Turut kelihatan adalah seorang wanita yang mendukung bayi berdiri di pembahagi jalan.

Ibu beli pistol mainan

Tambah Nasri, pistol yang dipegang budak lelaki itu dikatakan dibeli oleh ibunya untuk tujuan bermain dengan rakan lain.

“Pistol mainan yang dipegangnya itu dibeli oleh ibu. Ia bertujuan untuk bermain dengan kanak-kanak lain,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, kumpulan kanak-kanak dan wanita di situ ditahan di persimpangan jalan Taman Aman Jaya di Bandar Sri Perdana hari ini.

[BACA ARTIKEL] Sajat tak perlu buat umrah, sedekah sahaja lagi banyak pahala — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL] Semenanjung perlu berkongsi beban masalah pendatang asing ini dengan rakyat Sabah. — Suara Merdeka

“Mengikuti foto yang viral dalam Facebook, kami menghantar pasukan polis ke kawasan itu. Polis memperkenalkan diri kepada mereka dan melakukan pemeriksaan.

“Mereka yang berumur antara enam hingga 31 tahun didapati tiada dikumen pengenalan atau dokumen sah untuk tinggal di Sabah,” ujarnya.

Jelasnya, kanak-kanak dan wanita itu ditahan di balai polis daerah untuk siasatan. Sementara pihaknya juga meminta bantuan Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button