Hiburan

Ali Puteh cabar Aliff Syukri bersemuka

ADIK kepada Abam Bocey, Ali Puteh cabar jutawan kosmetik Aliff Syukri supaya bersemuka dengannya setelah berang dengan Aliff yang cuba melaga-lagakan balu Abam dengan ahli keluarga yang lain.

Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dipercayai berang setelah Aliff dalam pertemuan dengan balu Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali mempersoalkan tentang pembahagian harta peninggalan Abam.

Ali juga berang dan menyifatkan Aliff Syukri sebagai orang kaya yang gemar mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.

Dalam lawatan itu juga Aliff Syukri memberi bantuan barangan peralatan dapur seperti pisau dan periuk, tetapi lebih kepada mahu mempromosikan produknya.

Selepas memuatkan sebahagian daripada rakaman video itu, orang ramai dijemput untuk menyaksikan video penuh di rangkaian YouTube milik Aliff Syukri.

Bahkan Aliff Syukri juga mewar-warkan juga akan ada siri kedua video berkenaan yang akan disiarkan esok petang.

Sementara itu Aliff Syukri berkata dia bersedia untuk bertemu dengan Ali jika ia berlangsung secara baik dan bukannya untuk bergaduh.

Tambah Aliff Syukri beliau sering membantu orang ramai dan tidak menjadi masalah jika ia berlangsung secara baik.

Abam atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia 10 Februari lalu ketika tidur dan meninggalkan seorang balu serta anak lelaki berusia 8 bulan.

(Visited 648 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button