Nasional

Pendapatan ASB 4.25 sen, ehsan 0.75 sen seunit

PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan 0.75 sen seunit pembayaran ehsan untuk 30,000 unit pertama bagi dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.

Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz di Kuala Lumpur secara maya sebentar tadi.

Menurutnya, tahun 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar berikutan kesan yang diakibatkan oleh pandemik Covid-19 bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Tahum lalu ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit berbanding sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit pada 2018.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button