Politik

PN tubuh Majlis Presiden

Perikatan Nasional (PN) telah menubuhkan Majlis Presiden bagi membincang dan menyelesaikan masalah dalaman perikatan tersebut.

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin telah mempengerusikan satu mesyuarat antara ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional pada Khamis.

Ketua-ketua Parti yang hadir pada mesyuarat tersebut adalah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Presiden MCA), Prof. Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian (Presiden SUPP) dan Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (Presiden PBS).

Turut hadir mewakili ketua-ketua parti yang lain adalah Datuk Awang Tengah Ali Hasan (Timbalan Presiden PBB), Datuk Joseph Salang Gandum (Timbalan Presiden PRS), Arthur Joseph Kurup (Timbalan Presiden PBRS), Edward Dagul (Timbalan Presiden SAPP), Datuk Paul Igai (Naib Presiden PDP), Datuk Asojan Muniyandy (Setiausaha Agung MIC), dan Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi (Setiausaha Agung STAR).

Dalam mesyuarat tersebut, parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan satu Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua-ketua parti masing-masing sebagai platform untuk membincangkan dasar- dasar Kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan.

Bagi menyelaraskan Majlis Presiden tersebut, satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional juga ditubuhkan.

Pada mesyuarat itu juga, parti-parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button