Nasional

PMKS Perlis berjaya kumpul usahawan satu platform

PROGRAM Tahunan Himpunan Usahawan dan Minggu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi tahun 2022 selama tiga hari baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan usahawan dalam satu platform bagi menjana pendapatan lebih tinggi kepada para usahawan.

Menerusi program ini, usahawan ini dapat melakukan jualan produk dan penyebaran maklumat berkaitan perkhidmatan masing-masing.

Usahawan ‘foodtruck’ juga memeriahkan PMKS di Dewan Warisan, Kangar.

Sekali gus dapat membantu para usahawan untuk meningkatkan jualan, pendapatan dan jaringan kerjasama bersama pihak lain.

Program anjuran kerajaan negeri Perlis bersama SME Corp Malaysia telah menawarkan 24 reruai (booth) pameran produk kering, 10 meja citarasa, 10 ‘foodtruck’ dan 2 ‘pavilion’ yang menempatkan 20 jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri.

Terdapat pelbagai produk termasuk makanan, kraftangan rotan, pakaian serta perkhidmatan spa dan urutan.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Pusat Seroja antara tetamu yang hadir pada perasmian penutup Program Tahunan Himpunan Usahawan dan Minggu PMKS di Dewan Warisan Kangar. –

Terdapat beberapa aktiviti dijalankan sepanjang tiga hari program berlangsung.

Antaranya perkongsian pengalaman sahabat usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bengkel teknik tanaman hidroponik, Fun Ride (22 km dan 74km) dan sebagainya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, PMKS merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara dan turut memangkinkan kepada pembentukan masa depan Malaysia

“Bertemakaan ‘Mula Berdikit, Azam Melangit’ tahun ini, SME Corp Malaysia telah mewujudkan kempen ‘Sokong Lokal, Sokong PMKS’ bagi Minggu PMKS 2022,” katanya.

Majlis perasmian penutup program ini telah dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad di Dewan Warisan, Kangar. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button