Nasional

PM tiba di Jakarta untuk lawatan kerja

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba di Jakarta pada pagi ini untuk lawatan kerja ringkas. Pesawat khas yang membawa perdana menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 7 pagi waktu Indonesia (kira-kira 8 pagi waktu Malaysia).

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi), dan kemudian menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman mengenai pekerjaan dan perlindungan pekerja rumah tangga Indonesia (MoU PDI).

BACA > Malaysia-Indonesia akan laksana koridor perjalanan

MoU bersejarah itu akan ditandatangani oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan rakan sejawatannya dari Indonesia iaitu Menteri Tenaga, Manusia Ida Fauziyah.

Malaysia dan Indonesia pertama kali menandatangani MoU PDI pada 13 Mei 2006 di Bali dan berikutan itu, protokol untuk meminda MoU PDI telah ditandatangani pada 31 Mei 2011 di Bandung. Ia tamat tempoh pada 30 Mei 2016.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa pertemuan November 2021

Selepas majlis menandatangani perjanjian itu, Ismail Sabri dan Jokowi, yang bertemu buat kali kedua dalam tempoh lima bulan sejak November 2021, akan mengadakan sidang media sebelum menunaikan solat Jumaat di Istana Merdeka.

BACA > Malaysia-Indonesia terus pupuk hubungan diplomatik, maritim

Terdahulu, Ida Fauziyah, Saravanan dan Kuasa Usaha Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Adlan Mohd Shaffieq berada di lapangan terbang menyambut kedatangan Ismail Sabri. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button