Nasional

PM sedar keresahan rakyat

PERDANA Mentri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin menyedari keresahan rakyat yang terus berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Beliau turut memahami harapan rakyat yang semakin tinggi terhadap kerajaan dalam menangani jangkitan tersebut.

Muhyiddin yang menjadi tumpuan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam, terus berkerja seperti biasa hari ini.

Beliau mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara berkaitan COVID-19. Mesyuarat harian yang diadakan secara sidang video itu telah bermula sejak 7 Oktober lepas.

Pada sidang tersebut, Muhyiddin menekankan keperluan untuk mewujudkan Pelan Jangka Masa Sederhana-Panjang dengan lebih terperinci.

Pelan tersebut bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat dan ekonomi negara tetapi juga untuk menangani keresahan rakyat.

Perdana Menteri turut mengajak semua ahli mesyuarat untuk lebih fokus dalam usaha memerangi COVID-19 dan mesti membuktikan pada tahap ini, Malaysia pasti akan menang melawan COVID-19.

Selain itu, Muhyiddin turut mengingatkan ahli mesyuarat supaya lebih teliti dalam membuat keputusan untuk menguruskan Covid-19 dengan lebih berkesan.

Menurutnya, setiap keputusan yang dibuat mestilah difahami manfaat, risiko dan kesannya kepada kesihatan dan ekonomi rakyat.

Istana Negera mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat Perdana Menteri berhubung cadangan-cadangan yang telah dicapai Mesyuarat Khas Jemaah Menteri semalam.

Susulan itu, baginda akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan  Muhyiddin.
Semalam, spekulasi tersebar, kerajaan bakal mengisytiharkan darurat susulan mesyuarat khas tersebut, yang dilaporkan turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button