Nasional

PM pengerusikan mesyuarat MKN

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui sidang video dari hospital.

Muhyiddin berkata, mesyuarat itu adalah bagi membincangkan perkembangan situasi pandemik COVID-19 di dalam negara.

“Ini termasuklah pelaksanaan PKPD yang sedang berkuat kuasa di mukim-mukim di Selangor dan 14 lokaliti di WP Kuala Lumpur, serta laporan pemantauan setiap negeri di dalam fasa pemulihan negara.

“Alhamdulillah, selain lima (5) buah negeri yang telah pun beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), terdapat beberapa buah negeri lagi yang menunjukkan perkembangan yang amat baik dan berpotensi untuk mencapai ketiga-tiga indikator nilai ambang utama dalam waktu terdekat.

“Saya berharap situasi pandemik di negara kita dapat terus dikawal dan lebih ramai rakyat dapat divaksin dalam masa terdekat dengan penerimaan bekalan vaksin yang lebih banyak pada bulan ini.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan badan-badan amal, parti-parti politik, pihak swasta dan orang ramai yang tampil menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pada masa ini di samping bantuan-bantuan disampaikan oleh pihak kerajaan. Semoga amal jariah anda semua diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T.,” katanya dalam hantaran ke Facebook miliknya hari ini.

Muhyiddin ketika ini sedang dirawat di hospital kerana keracunan makanan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button