PM menghadap Agong
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pagi ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kebiasaannya Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung pada setiap hari Rabu.
Bagaimanapun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikuatkuasakan di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor sesi menghadap antara Perdana Menteri dengan Al-Sultan Abdullah bagi pra-Kabinet diadakan menerusi persidangan video hari ini.
Ketika ini sebarang reaksi Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menjadi tumpuan selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara semalam bagi menyerahkan dokumen jumlah sokongan yang diperolehi untuk membentuk kerajaan.
Malam tadi Mesyuarat Biro Politik UMNO yang berlangsung di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn malam tadi memutuskan untuk membuat pertimbangan menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional. -SM