BELUM pasti walaupun sudah sekian lama Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan hasrat dan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Walaupun ada suara-suara nakal yang mengatakan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Interim selepas beliau dan Pemimpin Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin diminta menghadap Yang DiPertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, ia sekadar omong kosong.
Sejurus keluar dari Istana Negara, Anwar sempat berjumpa pengamal media yang berkumpul di hadapan perkarangan Istana Negara seharian, hari ini.
Kata Anwar, “Will wait for final decision. Of course with the discreation by Yang DiPertuan Agong.
“We have submitted, open to process to secure majority.
“Penama yang dipersembahkan awal tadi pagi, for now no question of forming minority government. “No time… would seek His advice and accept His decision.”
Kata Anwar tentang perpaduan, “Perpaduan itu kebetulan Agong, secara konsisten memohon ada sebarang perpaduan dalam kalangan rakyat. Ismail Sabri dan Muhyiddin Yassin, mereka tak jalankan. Lainlah saya. Saya hormat dan patuh.” – SM