PM ke-7 sifatkan saya sebagai Robin Hood
“Hari ini, PM ke-7 sifatkan saya sebagai Robin Hood pulak kerana dia marah tentang kekalahan PH di PRK Kimanis. PM ke-7 tuduh saya curi wang untuk diberikan kepada rakyat.”
Itu reaksi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa hairan apabila masyarakat masih mencium ‘tangan pencuri’.
Perdana Menteri merangkap pengerusi Pakatan Harapan (PH) hari ini berkata, beliau tidak faham bagaimana sesetengah masyarakat mudah terpengaruh dengan orang yang kini menghadapi perbicaraan atas tuduhan melakukan perbuatan itu.
“Kita sampai kepada satu tahap yang orang cium tangan pencuri, panggil bossku, jadi bossku curi duit pun tak apa. It’s okay to steal,” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas melawat projek demonstrasi 5G di Langkawi.
Tegas Najib beliau bukan pencuri.
“Siapa nak curi wang yang dipinjam (yang kemudian perlu dibayar balik) dan lepas itu letakkan wang yang kononnya dicuri dalam akaun di bawah nama saya di mana berpuluh-puluh orang di bank dan BNM akan mengetahuinya?
“Dan selepas itu, gunakan dana yang kononnya dicuri untuk kebajikan serta program rakyat dan bukan untuk kegunaan peribadi?- Malah, saya tidak pernah memberi apa-apa kontrak kerajaan kepada mana-mana ahli keluarga saya,” kata Najib.
Najib berkata, sesiapa yang mengikut perbicaraan kes beliau di mahkamah sehingga kini tentu akan tahu fakta-fakta berikut yang membuktikan dirinya bukan pencuri.
- Sebanyak yang disebut RM2.6 bilion itu telah dipulangkan kepada penghantar 4 bulan selepas diterima. Iaitu terima sebelum PRU13 dan dikembalikan selepas PRU13.
- Akaun di bawah nama saya di Ambank yang menerima wang yang dikatakan bermasalah dibuka pada tahun 2010 untuk menerima sumbangan Arab Saudi dan digunakan khususnya untuk kegiatan politik dan kebajikan. Ianya bukan akaun peribadi yang saya guna untuk kegunaan harian peribadi saya. Akaun itu juga diletakkan dalam nama saya supaya pihak bank dan BNM boleh memantau dan megesahkan setiap transaksi keluar/masuk dana ke dalam akaun tersebut.
- Sekurang-kurangnya RM642 juta diterima dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Arab – termasuk RM324 juta yang dipinda terus dari akaun bank Kementerian Kewangan kerajaan Arab Saudi. https://www.bharian.com.my/…/najib-terima-rm642-juta-dari-a…\
Adakah wang dari Kementerian Kewangan Arab Saudi itu wang rakyat Malaysia atau dana 1MDB?
- Dari jumlah seluruh dana yang diterima dalam akaun Ambank di bawah nama saya selama akaun tersebut dibuka, 99.8% dari dana itu digunakan untuk kebajikan, CSR dan program-program Rakyat di bawah parti politik.
Ini termasuk untuk membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal untuk imam, tahfiz dan termasuk 7 ribu masjid-masjid di seluruh negara selama empat tahun berturut-turut dan juga untuk bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014.
Seperti dijelaskan oleh Jakel Trading tahun lepas apabila mereka didakwa oleh SPRM menerima dana haram.
https://www.malaysiakini.com/news/480736
(Mungkin sebab inilah PM ke-7 sifatkan saya sebagai “Robin Hood” yang memberi wang yang “dicuri” kepada Rakyat.).
- Ianya bukan digunakan untuk beli barang-barang kemas atau beg tangan.
- Selepas hampir dua tahun menyerbu rumah saya dan merampas barang-barang kemas, beg tangan dan dana tunai sebanyak RM116 juta, kerajaan PH masih gagal mengenakan sebarang dakwaan ke atas saya untuk barang-barang tersebut.
Barang-barang kemas yang dirampas juga bukan bernilai begitu banyak seperti diumumkan oleh kerajaan PH. Sebab itu, mereka masih tidak benarkan kita memeriksa barang yang dirampas.
“11 Okt 2019: Kerajaan fail rayuan halang Rosmah periksa barang kemas dirampas”
https://www.freemalaysiatoday.com/…/kerajaan-fail-rayuan-h…/
- Mereka hanya memfailkan saman sivil untuk lucut hak barang dan dana tersebut kerana gagal membuktikan ianya adalah dari sumber 1MDB ataupun SRC.
- Dana tunai RM116 juta tersebut adalah dana PRU14 BN. Takkan UMNO dan BN tak ada dana tunai masa PRU14 berlangsung? Kita bertanding di 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN. Kita ada 727 calon PRU14 dan jika dana RM116 juta itu dibahagikan, ianya dana sebanyak RM159 ribu setiap kawasan parlimen atau DUN.
(Berapa besarnya dana yang PH gunakan untuk PRK Kimanis hari itu?)
- Affidavit kerajaan PH yang difailkan dalam Mahkamah untuk merampas barang saya juga menyatakan bahawa kebanyakan barang yang dirampas didapati adalah hadiah peribadi yang diterima oleh ahli keluarga saya selepas mereka siasat (namun mereka kata tiada bukti dokumensi kukuh).
Keratan affidavit tersebut ada di sini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156086989710952
- Affidavit kerajaan PH untuk merampas dana tunai RM116 juta itu pula adalah “wang itu disimpan di tempat yang sama dengan barang-barang kemas, beg tangan dan jam tangan.”
Keratan affidavit tersebut ada di sini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156163099255952 -SM