Luar Negara

PM Israel berkeras mahu terus serang Gaza

KONFLIK Israel – Palestin yang mencetuskan serangan di semenanjung Gaza yang masih berlarutan akan menyebabkan angka kematian terus meningkat.

Regim Zionis Israel dilihat tidak henti-henti melakukan serangan termasuk melalui udara sehingga menyebabkan tujuh termasuk enam kanak-kanak maut apabila sebuah kem pelarian dibedil.

Malah, serangan itu juga mengakibatkan sebahagian besar penghuni kem pelarian terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Ekoran serangan tanpa henti sejak semalam, sekurang-kurangnya 126 rakyat Palestin termasuk 31 kanak-kanak dilaporkan terkorban semenara 920 cedera.

Rentetan itu juga, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan lebih 10,000 penduduk di Palestin akan kehilangan tempat perlindungan apabila meninggalkan kediaman masing-masing.

Sebahagian mereka kini dilapor mendapatkan perlindungan di beberapa buah sekolah yang terletak di utara Gaza.

Serangan yang dilakukan Israel itu didakwa sebagai tindakan balas terhadap peluru berpandu dan roket yang dilancarkan Hamas pada Rabu lalu.

Suara Merdeka sebelum ini melaporkan, Israel mendakwa Hamas melakukan kesilapan apabila menyerang Tel Aviv.

Ketua Angkatan Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Leftenan General Aviv Kochavi, memberitahu pasukannya melancarkan operasi Iron Dome untuk membalas serangan Hamas.

Sebelum ini Israel melakukan serangan terhadap umat Islam yang sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa di semenanjung Gaza pada minggu lepas.

Serangan tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin tercedera akibat serangan tersebut.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkeras mahu terus melakukan serangan walaupun mendapat tentangan antarabangsa.

Malah, beliau mendakwa, serangan itu adalah perlu bagi memastikan kemanan di Israel dapat diwujud dan dikekalkan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button