Luar Negara

PM India letak batu asas bina kuil di masjid yang dimusnah perusuh

Perdana Menteri India Narendra Modi hari ini meletakkan batu asas untuk memulakan pembinaan sebuah kuil Hindu  di tempat Masjid  Babri di bandar Ayodhya yang dirobohkan oleh perusuh Hindu hampir 30 tahun yang lalu. Insiden yang menyebabkan rusuhan di seluruh India hingga mengakibatkan lebih 2,000 kematian.

Media antarabangsa melaporkan, Modi melakukan sembahyang pada sembilan blok batu tertulis perkataan Dewa Ram di atasnya sambil melantunkan doa sebagai  lambang permulaan pembinaan kuil tersebut yang dijangka siap  dalam tempoh tiga tahun setengah.

“Saya bersyukur menyaksikan sejarah dibuat. Jutaan orang India tidak percaya bahawa hari ini telah tiba. Seluruh negara berada dalam mantra Dewa Ram … Ram adalah lambang kesatuan India dalam kepelbagaian,” kata Modi dalam ucapan.

Pembinaan itu susulan keputusan Mahkamah Agung India pada November lalu yang memihak kepada pembangunan kuil Hindu di kawasan yang menjadi pertikaian di negeri Uttar Pradesh itu.

Penganut Hindu percaya bahawa Dewa Ram dilahirkan di lokasi tersebut dan mendakwa Mahajara Islam Babur membina Masjid Babri di atas kuil Dewa Ram.

Masjid Babri dihancurkan oleh perusuh Hindu menggunakan batu bata pada bulan Disember 1992, mencetuskan keganasan Hindu-Muslim hingga menyebabkan kira-kira 2.000 orang, kebanyakannya orang Islam, mati.

Keputusan Mahkamah Agung memungkinkan sebuah kuil dibina di atas masjid yang dirobohkan. Mahkamah turut memerintahkan agar umat Islam diberi tanah seluas dua hektar untuk membina masjid baru di lokasi berhampiran.

Rumah-rumah dan bangunan-bangunan lain yang berdekatan dengan tapak kuil di kota Ayodhya telah dicat kuning untuk mencipta kembali suasana ketika Dewa Hindu Ram memerintah di sana selama ribuan tahun, menurut epik Hindu Ramayana.

“Kuning adalah warna yang menguntungkan. Menurut tradisi Hindu, kuning melambangkan kesucian dan cahaya,” kata sami kuil Mahant Kamal Narain Das.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button