BanjirBencana alamLuar Negara
PM India bersimpati dengan mangsa banjir di Pakistan
PERDANA Menteri India Narendra Modi menyampaikan simpatinya atas kehilangan nyawa dalam bencana banjir besar di Pakistan.
“Amat sedih melihat kemusnahan akibat banjir di Pakistan. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, mereka yang cedera dan semua yang terjejas oleh bencana alam ini dan berharap keadaan akan kembali pulih,” catat Modi pada Isnin.
Hujan monsun yang luar biasa lebat telah menyebabkan banjir besar di wilayah Sindh, Balochistan, Khyber Pakhtunkhwa (KPK) dan wilayah selatan Punjab.
Lebih 1,500 orang terkorban dalam banjir itu yang turut menjejaskan 33 juta penduduk, kata Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari pada Isnin. – SM