Nasional

PM beri masa tujuh bulan kepada Ashraf Wajdi

Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki bagi membuktikan kemampuannya sebagai Pengerusi MARA, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, selepas tempoh berkenaan, Asyraf Wajdi perlu mengemukakan laporan kemajuan MARA kepadanya.

“Kita ada pengerusi MARA yang baharu, yang tampan, berani dan tegas.

“Dalam tempoh enam bulan, kita mahu minta laporan,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) di Stadium Sungai Besar, di sini.

Anwar berkata, walaupun yakin dengan kemampuan Asyraf Wajdi, beliau tidak teragak-agak untuk menukar Pengerusi MARA sekiranya tidak melaksanakan kemajuan yang diingini.

“Kalau kerja macam dahulu, kita tukar pengerusi MARA tetapi saya yakin apabila kita tampilkan tokoh muda, akan ada idea baharu dan jiwa membantu orang Melayu.

“Saya yakin dalam enam bulan, beliau boleh tukar kemajuan dan MARA lebih baik daripada kita lihat dulu,” katanya.

Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO dilantik sebagai Pengerusi MARA pada Mac lalu bagi menggantikan Datuk Azizah Mohd Dun. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button