Politik

PM ajak semua bersatu pastikan kestabilan politik

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menyeru semua pemimpin parti politik kembali bersama-sama duduk semeja bagi memastikan kestabilan politik di negara ini.

Seruan ringkas itu dibuat pada sidang akhbar selepas menyaksikan tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu kekal di tangan pembangkang, manakala kerajaan terus memerintah di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

Anwar malam ini meminta gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk menghormati keputusan PRN, yang menyaksikan kedudukan ‘status quo’ di enam negeri terbabit.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, keputusan itu diperoleh dari sistem demokrasi, dan pilihan rakyat harus dihormati dengan baik, dan sebarang masalah perundangan yang timbul harus dibuat mengikut jalur hukum dan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya lagi, apa jua keputusan yang diperolehi, semua parti baik menang atau kalah, harus kembali mengukuhkan silaturrahim, menumpu perhatian untuk mengangkat martabat negara, dan terus membela nasib rakyat.

“Bagi pihak Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Persekutuan, yang terus kekal dan kukuh selepas keputusan PRN ini, akan terus berkhidmat. Mulai Isnin, kita akan terus bertugas bukan sahaja seperti biasa, tetapi lebih tekun dan kerjas bekerja supaya Malaysia dapat mencipta kejayaan yang dibanggakan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menzahirkan rasa kesyukuran kerana proses PRN di enam negeri, termasuk PRK di Kuala Terengganu berjalan denga naman dan teratur, dan merakamkan penghargaan kepada pengurusan dan petugas SPR, serta pihak Polis Diraja Malaysia.

Di atas kejayaan mengekalkan kemenangan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, Anwar berkata, “ini berlaku kerana muafakat yang tercapai dalam kalangan semua parti (PH dan BN), termasuk rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak yang turut memberi dokongan yang baik,” katanya lagi.

KEDUDUKAN PN-PH/BN

Kelantan
43-2
Terengganu
32-0
Pulau Pinang
12-28
Kedah
34-2
Selangor
34-22

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button