Nasional
PM adakan lawatan bagi meninjau keadaan fasiliti di sekolah
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan tengah hari tadi.
Beliau telah membuat tinjaun mengenai infrastruktur dan fasiliti sekeliling sekolah termasuk keadaan tandas di sekolah tersebut.
“Penambahbaikan secara berperingkat sedang dijalankan dan bakal dinikmati oleh warga sekolah,” kata beliau menerusi facebooknya.
“Harapan saya agar warga sekolah khasnya para murid dapat menikmati kemudahan yang disediakan dalam mewujudkan persekitaran yang selesa dan kondusif,” tambah beliau. -SM
Baca : Nahas pesawat terhempas di Elmina: Tiada panggilan kecemasan dibuat