Nasionalpilihan

PLUS ramal peningkatan kenderaan menjelang PRN

Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dijangka sesak berikutan sebanyak 1.9 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, PLUS menjangkakan berlakunya peningkatan trafik dan pengguna akan berdepan tempoh perjalanan yang panjang.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai yang ingin pulang untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi membuat persiapan rapi dengan merancang perjalanan pergi dan balik.

“Peningkatan trafik dijangkakan dan pengguna jalan raya akan berdepan tempoh yang panjang ketika berada di lebuh raya kenderaan dijangka bertambah menjelang Sabtu ini

“PLUS juga buat persediaan ini merangkumi aspek pengurusan operasi serta kemudahan lebuh raya di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat (R&R) agar kesemuanya berada pada tahap yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PRN melibatkan enam buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Dalam pada itu Mohd Yusuf berkata, PLUS akan menghentikan buat sementara waktu kerja-kerja penyelenggaraan, naik taraf atau pembinaan yang memerlukan penutupan Lorong lebih raya bermula dari 11 sehingga 13 Ogos ini.

Jelasnya, hanya dikecualikan ialah kerja-kerja kecemasan seperti pengalihan kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan, pembersihan lokasi kemalangan dan kerja-kerja pembaikan yang kritikal.

“PLUS juga akan memastikan semua kemudahan awam seperti tandas, surau serta stesen minyak di R&R serta hentian sebelah beroperasi 24 jam sehari untuk menampung kehadiran pengunjung,” katanya.

Tambahnya, maklumat trafik terkini di lebuh raya boleh didapatkan melalui aplikasi PLUS, Twitter@PLUSTrafik, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih dan talian PLUSLine di 1800-88-0000. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button