Nasional

PLKN 3.0 sasar berumur 16 tahun hingga 35 tahun

Kerajaan mengumumkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bakal dilaksanakan semula membabitkan dua fasa.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohammad Hasan berkata, Fasa 1 melibatkan pelajar ingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM), yang mengandungi selibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Manakala pelajar tingkatan lima dikecualikan untuk menjalankan latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka untuk melakukan persediaan bagi menempuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

PLKN dilaksankan semula

“PLKN Fasa 1 membabitkan penglibatan di fasa sekolah, manakala PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM.

“Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web rasmi Parlimen pada Isnin.

Mohamad berkata, tempoh pelaksanaan PLKN Fasa 2 bagaimanapun tidak mengambil masa lama seperti sebelum ini iaitu 45 hari.

“Sebanyak 90 peratus daripada kandungan latihan Fasa 2 ini berkaitan ketenteraan agar dapat membina jati diri belia yang kuat dan bertenaga.

“Baki 10 peratus daripada kandungan lagi adalah berkaitan tatanegara. Selepas itu, agensi-agensi seperti bomba, polis dan Pertahanan Awam dapat melihat produk modal insan ini sebagai penyediaan kepada guna tenaga belia yang terlatih,” ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan akan memanfaatkan 13 kem tentera wataniah di seluruh negara untuk pelaksanaan PLKN tersebut termasuk sebuah kem Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

“Tenaga pelatih akan terdiri daripada anggota tentera sendiri yang dapat menjimatkan kos keseluruhan. Sebelum ini, kos asal adalah sekitar RM500 juta setahun.

“Manakala kos baharu berdasarkan kertas kerja jawatankuasa adalah tidak melebihi RM100 juta setahun, iaitu sebuah langkah penjimatan yang sangat baik.

“Hasil daripada program PLKN ini, ia akan dapat melahirkan belia yang berkualiti, berdisiplin, cintakan negara dan tersedia untuk memikul tanggungjawab dalam masyarakat,” jelasnya.

Artikle Berkaitan :>

Kem PLKN Sri Ledang akan dijadikan PKRC kedua di Johor

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button