Rencah Hidup

PKP: Tak dapat balik kampung, Najib telefon ibu ubat rindu

SEMUA orang rindu dan risaukan ibu bapa masing-masing di kampung .Adakah mereka sihat, sudahkah mereka makan. Ada atau tidak beras, gula dan lauk di rumah.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu menyebabkan sudah sebulan rakyat Malaysia tidak dapat menjenguk ibu bapa masing-masing di kampung halaman.

Tidak terkecuali bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga rindu dengan ibunya Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Sebagai rakyat Malaysia Najib juga patuh  terhadap PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 dengan tinggal di rumah.  Bagi mengubat rindu beliau terhadap ibunya, Najib hanya mampu membuat panggilan video.

“Tadi saya buat video call dengan bonda. Mengubat rindu. Alhamdulillah semua ok.

“Sebagai anak-anak kita risau juga dengan ibu bapa, saudara mara. Lebih-lebih lagi mereka yang dah berumur kerana risiko jangkitan Covid-19 lebih tinggi,” kata Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu menasihatkan rakyat Malaysia walaupun tdak boleh pulang ke kampung namun mereka masih perlu mengetahui keadaan ibu bapa dan saudara mara yang lain.

Menurut Najib, walaupun hanya panggilan telefon namun itu sudah cukup bermakna untuk ibu bapa di kampung.

“Guys. Yang tidak berada bersama ahli keluarga time PKP ni. Walaupun tidak berkesempatan balik kampung. Selalu call ibu bapa, saudara mara kat kampung. Tanya khabar.

“Amat bermakna bagi mereka. Sama-sama kita doakan semua sihat sejahtera,” nasihat Najib.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button