Nasional

Kedutaan Rusia kagum kecekapan Polis selamatkan warganegaranya

KEDUTAAN Rusia melahirkan rasa penghargaan kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh kerana membantu warganegaranyam Maxim Lapin yang mengalami kesukaran berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam sepucuk surat rasmi kepada IPD Temerloh, Kedutaan Rusia berkata, penghargaan itu diberikan atas kecekapan, skil, pengetahuan dan kordinasi yang lancar dalam membantu Maxim.

“Kedutaan Rusia ingin melahirkan penghargaan kepada IPD Temerloh dan mahu menyampaikan ucapan teramat terima kasih di atas bantuan yang diberikan kepada En..

“Kami memahami kesukaranan yang dihadapi oleh pihak polis dalam memastikan keselamatan orang awam dan Perintah Kawalan Pergerakan. Terima kasih sekali lagi. Jaga diri dalam melaksanakan tugas,” kata Kedutaan Rusia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Yusri Othman mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat dan turut membantu Maxim.

Sebelum ini, gambar Maxim di hadapan premis makanan segera di bandar itu dengan sepanduk tertulis: “I can’t go home and have no money. I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada duit. Saya lapar)” tular di Facebook.

Berdasarkan maklumat tersebut, pihak polis mencari dan membawa Maxim ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang untuk pemeriksaan kesihatan saringan Covid-19.

Beliau kemudian dihantar ke Kedutaan Rusia kelmarin untuk tindakan lanjut.-SM

(Visited 441 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button