Rencah Hidup

PKP: Manusia duduk dalam rumah, burung tempua bebas buat sarang

ADA hikmahnya apabila segala aktiviti manusia terhenti akibat serangan virus Covid-19. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memaksa manusia untuk tidak bergerak bebas dan hanya tinggal di dalam rumah memberi hikmah kepada makhluk lain.

Di Kampung Ulu Gadong, Kota, Rembau, Negeri Sembilan burung tempua kini bebas untuk membuat sarang tanpa diganggu oleh manusia. Bukan satu, dua tetapi lebih daripada 20 sarang burung itu didapati pada sepohon pokok di kampung tersebut.

Sarang burung tempua yang unik selalunya menjadi sasaran manusia untuk diambil dan dijual kerana mempunyai harga yang tinggi. Sarang burung itu bernilai kerana dijadikan sebagai barangan perhiasan.

Sarang tersebut dianyam oleh burang berkenaan daripada rumput dan ranting dan tergantung di dahan pokok.

Menurut penduduk, sebelum ini sarang burung tempua tidak akan bertahan lama di atas pokok kerana selalunya akan dicuri walaupun di dalam sarang berkenaan terdapat anak ataupun telur burung tersebut.

“Wah hebatlah, Itulah hikmah di sebalik PKP, binatang bebas buat sarang. Lamo tak tengok sarang tempua dah Hikmah di sebalik ujian Allah,” kata Rosnah Harun.

“Tulah tahun lopeh orang ambik sarang burung ni buek hiasan. Sodangkan anak burung ado laie dalam sarang eh. Kak Teh ponah tegur budak tongah gait sarang. Anak burung ado laie dalam tu,” kata Zahriah Mohd. Sharif.

“Harap tak diganggu.Zaman kecik dulu di musim menuai padi memang banyak burung ini,” komen Ali Mundok.

Burung tempua adalah spesis burung yang kecil dan hidup berkumpulan dan membina sarangnya serentak.

Terdapat dua jenis sarang burung tempua yang berlainan bentuk dan fungsnya iaitu sarang burung tempua jantan dan sarang burung tempua betina.

Sarang burung tempua betina yng mempunyai pintu di bawahnya dan ada tempat khas untuk menyimpan telurnya. Burung tempua betina akan mengeramkan telurnya di dalam sarang tersebut.

Sarang burung tempua jantan mempunyai dua pintu dan ada bahagian tempat burung jantan bertenggek untuk memikat burung betina.

Seekor burung tempua memerlukan masa dua minggu untuk menyiapkan sarangnya. Sarang burung tersebut dijual pada harga sehingga RM100.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button