Luar Negara

Bilik sejuk beku simpan daging dijadikan bilik mayat

SELEPAS ini, mungkin ramai yang akan berhati-hati dengan nama syarikat Cornell Cooperative Extension berpangkalan di Suffolk County, bahagian timur Long Island, New York.

Gara-gara kematian yang meningkat setiap hari di mana anggaran kasar, antara 50 sehingga 60 orang mati akibat wabak COVID-19 yang melanda penduduk Suffolk Country, mereka berhadapan dengan masalah untuk menempatkan atau menyimpan mayat-mayat.

Ini kerana semua rumah mayat yang beroperasi di situ dilaporkan tidak lagi dapat menampung jumlah mayat yang meningkat setiap hari.

Bahkan untuk menyimpan mayat di Suffolk County yang dihuni 1.5 juta penduduk, agak mustahil kerana Sulfolk County merupakan antara daerah dengan kes COVID-19 paling tinggi di New York.

Sehingga Khamis lepas, menurut laporan ASRTO Awani, lebih 23,523 individu di daerah berkenaan telah dijangkiti wabak tersebut dengan 653 kematian dicatatkan.

Bagi mencari jalan penyelesaian untuk menempatkan mayat-mayat, pihak berkuasa daerah bercadang untuk mengubahsuai sebuah bangunan kilang memproses daging untuk dijadikan sebagai bilik mayat.

Difahamkan, bangunan tersebut terletak di sebuah ladang yang dikendalikan oleh Cornell Cooperative Extension.

Bangunan tersebut asalnya ialah bilik sejuk beku kilang memproses daging. Ia nanti akan dijadikan bilik mayat sementara dan diharap dapat menampung jumlah kematian di daerah itu yang dijangka terus meningkat.

Bangunan itu juga jika diubahsuai, dijangka mampu menampung 300 mayat namun kapasiti itu boleh bertambah menjadi lebih 400 jika diperlukan.

Pihak berkuasa Suffolk County sedang mempertimbangkan untuk menyimpan mayat di dalam bilik sejuk beku kilang memproses daging.

Ini bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan di rumah-rumah mayat susulan jumlah kematian yang meningkat akibat COVID-19.

Ketua pemimpin Suffolk County, Steve Bellone menggambarkan situasi yang sedang berlaku kini sebagai sangat mengejutkan.

“Kami melihat 50 hingga 60 orang mati setiap hari akibat COVID-19,” katanya.

Rakaman mengerikan yang disiarkan di portal CNN menunjukkan mayat yang tidak terhitung jumlahnya berada dalam sebuah bilik mayat, malah ada juga yang disimpan dalam lori sejuk beku. – SM

(Visited 482 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button