Mahkamah

Pisau Rambo: Pemuda berdepan hukuman penjara 10 tahun

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 30 Mac – Gara-gara memiliki sebilah pisau rambo, seorang pemuda kini berdepan hukuman penjara 10
tahun.

Tertuduh, Aiman Hakimi Hanafi, 23, didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini namun dia
membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan selepas pertuduhan dibacakan oleh
jurubahasa mahkamah.

Aiman Hakimi didakwa memiliki pisau rambo berwarna hitam berjenama SR sewaktu pemeriksaan polis dalam
kejadian kira-kira pukul 12.50 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Terendak Permai, Sungai Udang pada 27
Mac lalu.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara mininum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat mengikut
Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Liyana Zainal Abidin mencadangkan jaminan ke atas
tertuduh sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan sebarang tuduhan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 27 April ini.

Tertuduh turut diminta untuk melantik seorang peguam.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button