Politik

Pimpinan kerajaan PN kerana rakyat bukan kacang lupakan kulit

JIKA tidak berpinar mata, umpama juling biji mata kalau nak mentelaah semula belanjawan atau bajet yang telah dibentangkan pada tahun 2021 dan 2022. Bajet 2023 pula baru dibentangkan sebelum pembubaran Parlimen dan itu tiada masalah untuk dibaca atau perlu mentelaah semula.

Untuk menunjukkan sebagai bukti, kerajaan yang menerajui negara mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab bukan hanya terletak pada pembentangan bajet.

Sebaliknya rata-rata, dipermudahkan atau simplifiy sahaja supaya bukti-bukti kejayaan dalam pentadbiran demi kebaikan rakyat di negara ini bukan sekadar retorik nak menang pilihan raya.

Malaysia mencatat sejarahnya yang tersendiri sebelum ini apabila kerajaan berubah tangan sebanyak tiga kali dan kali terakhir dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ada yang berpendapat bahawa kerajaan Ismail Sabri adalah kesinambungan pengisian yang dikosongkan oleh bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Ke-8.

Related Articles

Era TSMY membuka satu lembaran baharu kehidupan 32 juta rakyat Malaysia yang mana wabak Covid-19 yang bermula di wilahah Wuhan di China, menular masuk ke negara kita.

Dalam keadaan rakyat tidak bersedia dan tidak tahu apakah itu Covid-19, TSMY dan menteri-menteri Kabinet pada ketika itu perlu segera memikir dan mengambil langkah terbaik untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Banyak nyawa yang terkorban dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika itu menjadi kementerian yang sangat berserabut kerana perlu tampil dengan sesuatu untuk menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan yang bergelar Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kini Tan Sri perlu melakukan sesuatu untuk mencari jalan, penawar, untuk mengekang Covid-19.

Ketika itu, Perdana Menteri, Muhyiddin terpaksa mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PK) pertama pada 18 Mac 2020.

Rakyat akur dengan pengumuman Muhyiddin untuk melaksanakan PKP pertama selama dua minggu dan ketika itu, duduk diam di dalam rumah, dapatlah dengar bunyi burung berkicauan, jalan raya sunyi tanpa bingitnya kenderaan.

Tagline yang amat popular dengan Muhyiddin ialah istilah Abah – ayah, bapa, papa, daddy yang membuat pengumuman sebaik mungkin untuk membantu rakyat Malaysia.

Bantuan Sara Hidup (BSH), bantuan Bakul Makanan, moratorium diberi untuk membantu rakyat yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Memang ramai yang hilang pekerjaan kerana kilang-kilang misalnya terpaksa tutup operasi buat sementara PKP.

Hiduplah kita semua dalam bantuan yang diusahakan oleh PM Muhyiddin sehinggalah keabsahan beliau dipertikaikan dalam Dewan Rakyat.

Walaupun tidak duduk di atas kerusi seorang Perdana Menteri, TSMY tetap mahu menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

Ya beliau menjadi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang duduk bersama-sama kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain bermesyuarat, berbincang dan mencari jalan penyelesaian untuk rakyat, demi rakyat.

Seingat kita semua, tidak pula TSMY minta dibayar RM1 (seringgit) dengan pelantikan tersebut!

Segala keputusan yang dibuat oleh MPN bukan keputusan peribadi Muhyiddin tetapi keputusan mesyuarat yang perlu diberikan perhatian oleh Kerajaan.

Bukannya keputusan MPN hanya di atas kertas dan tidak diterjemahkan untuk kebaikan rakyat selain memulihkan ekonomi negara.

TSM tidak perlu meminta-minta untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selepas 19 November ini.

Rakyat boleh menilai kebolehan, kecekapan dan kemampuan TSMY sebagai seorang perdana menteri sekiranya rakyat memilih PN dan beliau sebagai kerajaan yang diterajui.

Tahun depan pula ialah tahun yang mencabar kerana akan berlaku inflasi di seluruh dunia. Kita rakyat Malaysia, bagaimana nak meneruskan kehidupan kalau tidak ada Perdana Menteri yang memimpin kerajaan dengan baik dan bijak. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button