HaiwanLuar Negara

Rakyat Amerika dilarang cium ayam

PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mendesak rakyatnya untuk tidak mencium unggas hidup di tengah-tengah penularan wabak salmonella di negara itu.

CDC dan pegawai kesihatan awam sedang menyiasat penularan wabak salmonella yang sehingga kini menyebabkan 163 orang dilaporkan sakit di 43 negeri.

Jangkitan ini berkaitan dengan kontak dengan unggas yang diternak di kawasan rumah.

Menurut CDC, satu pertiga orang yang dilaporkan sakit dalam wabak yang berlaku baru-baru ini melibatkan kanak-kanan berusia di bawah lima tahun.

Sebanyak 34 orang telah dibawa ke hospital sejak pertengahan Februari, tetapi tidak ada kematian yang dilaporkan.

“Jangan mencium atau memeluk unggas kerana ini dapat menyebarkan kuman ke mulut dan membuat anda sakit,” kata agensi kesihatan terbabit.

CDC memberi amaran bahawa unggas, seperti ayam dan itik, boleh membawa kuman salmonella walaupun haiwan ternakat tersebut kelihatan sihat dan bersih. Kuman berkenaan mudah merebak di kawasan tempat peliharaan.

Jangkitan salmonella boleh menyebabkan demam, cirit-birit, sakit perut dan muntah.

Sebilangan besar pesakit boleh pulih tanpa rawatan bagaimanapun kes yang lebih teruk boleh menyebabkan kematian.

CDC turut menasihatkan supaya mencuci tangan setelah bersentuhan dengan unggas dan mencegah kanak-kanak menyentuh burung.

Bakteria salmonella – yang terdapat dalam daging mentah, telur, atau produk makanan lain – menyebabkan sekitar 1.35 juta jangkitan di AS setiap tahun dan mengakibatkan 420 kematian.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button