Hiburan

Pilih kasih dalam industri didakwa sebab Sushant Singh gantung diri

SUDAH tiga hari bintang Bollywood, Sushant Singh Rajput,34, meninggal dunia dan hingga kini, kematian pelakon itu masih menjadi bualan peminat.

Ramai mengaitkan kematiannya ada kaitan dengan sikap segelintir pengarah berpengaruh serta selebriti popular lain yang sering menyisihkan serta tidak mengiktiraf hasil kerja seninya selama ini.

Antara nama-nama yang disebut menjadi punca kepada kematian aktor itu ialah pengarah dan penerbit terkenal, Karan Johar serta aktres Alia Bhatt.

“Karan dikatakan pernah menyingkirkan beberapa projek filem yang sepatutnya dilakonkan Sushant.

“Perkara itu disebabkan terdapat gerakan beberapa pengarah dan penerbit yang memboikot daripada memberikan tawaran lakonan kepada Sushant hanya disebabkan dia pernah menolak tawaran pengarah Aditya Chopra sebelum ini,” menurut laporan Indiantimes.

Selain Karan, nama Alia turut dikaitkan dengan kematiannya, malah kebanyakan warga net di sana merasa ‘jijik’ dengan perasaan simpati yang dizahirkan Alia susulan kematian Sushant.

Menurut mereka, Alia hanya berpura-pura sedih kerana sebelum ini dia sering bersikap sombong malah pernah menyatakan tidak mengenali Sushant ketika diwawancara menerusi sebuah rancangan tv.

Sebelum ini, Sushant dilaporkan mengambil nyawanya sendiri selepas didakwa mengalami kemurungan dan terdapat ura-ura mengatakan mendiang tertekan dengan sikap pilih bulu dan pilih kasih beberapa individu berpengaruh dalam industri perfileman Bollywood.

Aktor berusia 34 tahun itu ditemukan mati tergantung di kediamannya di Mumbai, India pada tiga hari lalu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button