NasionalPolitik

PH tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti jika tanpa DAP – Anwar

PAKATAN Harapan (PH) tidak akan membentuk kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor jika ia terpaksa meninggalkan DAP.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata DAP bersama PKR adalah parti induk dalam pakatan itu sejak dari awal dan masing-masing sudah membuktikan kesetiaan.
“Sekarang kita dengan AMANAH dan UPKO di Sabah, tapi jika mereka (PN) hendak bincang secara berasingan dengan PKR atau DAP, kita tiada halangan.
“Tapi untuk memberikan syarat (kerjasama) tanpa DAP atau tanpa PKR, sukar diterima,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada sesi dialog pada Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Seremban hari ini seperti yang dipetik dari BHOnline.

Beliau megulas cadangan  dalam kalangan pimpinan BERSATU bahawa mereka bersedia menjalinkan kerjasama dengan PKR dan AMANAH bagi menghadapi PRN Johor, jika tanpa DAP.

Sebelum bekas Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Datuk Mazlan Aliman telah mengusulkan agar PH bekerjasama dengan BERSATU dan PAS pada PRN Johor bagi berdepan BN.

Menurut Mazlan, jika kerjasama itu mampu direalisasikan, PH berupaya membentuk pakatan terbesar sekali gus memberi cabaran buat BN.

Mengulas mengenai penggunaan logo berasingan pada PRN Johor, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, perkara itu tidak akan menimbulkan masalah dalam kalangan ahli gabungan PH.

Ahli Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, ia adalah antara sebahagian daripada strategi pakatan itu untuk memenangi hati pengundi di Johor.

“Penggunaan logo ini sudah dipraktikkan sebelum ini seperti mana pada PRN Sabah dan Sarawak namun pada PRN Melaka kita kembali menggunakan satu logo PH.

“Tapi ia tidak jejaskan hubungan dan kepemimpinan PH masih terus mantap. Jadi ada orang cuba hendak gunakan isu logo ini sebab tertentu sedangkan dasar sama, manifesto sama.

“Sebab apa logo lain kerana pernah berlaku, PRU 2013 dan PRU 2018, semua pakai PKR.

“Kita guna kerana sentimen terutama di desa, orang Melayu dan itu pandangan kita, jadi saya fikir ia tidak ada masalah dan mereka hanya cuba besar-besarkan perkara ini,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button