Politik

PH mempunyai angka – Anwar

PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin memiliki sokongan mencukupi untuk dipilih sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan keyakinannya menerusi ciapan di Twitternya berpaksikan janji dibuat Ahli Parlimen yang didakwa akan menyokongnya berdasarkan keputusan individu bukan parti.

“Saya tahu bahawa sesetengah Ahli Parlimen di ‘pihak lain’ tidak berpuas hati bahawa pemimpin parti mereka sudah mencuri suara mereka.

“Pakatan Harapan (PH) mempunyai angka. Mari kita lihat proses demokrasi ini. Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Anwar bersama pemimpin PH lain dari DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Petaling Jaya pada petang semalam bagi membincangkan mengenai maklum balas Istana Negara berkenaan isu pemilihan calon Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Anwar yang diasak media ketika diminta mengulas perkembangan terkini isu itu tidak membalas sebarang pertanyaan sebelum beredar meninggalkan hotel berkenaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button