Ekonomi

Pfizer Inc membelanjakan AS$ 55 juta untuk iklan media sosial pada tahun 2020

Lima pengiklan farmasi teratas di Amerika Syarikat telah membelanjakan AS$ 152 juta hanya untuk iklan media sosial pada tahun 2020.

Firma analisis perbelanjaan iklan sosial telah merekodkan perbelanjaan ketegori iklan tersebut di Facebook, Instagram dan Twitter.

Perbelanjaan iklan media sosial paling tinggi telah direkodkan oleh Pfizer Inc dengan jumlah pelaburan sebanyak AS$ 55 juta, sementara GlaxoSmithKline (GSK) berada di tempat kedua dengan AS$ 48 juta. Manakala Allergan pula telah membelanjakan AS$ 19 juta, Merck AS$ 16 juta dan Novartis AS $ 14 juta dalam kategori platfrom yang sama.

Perbelanjaan Iklan Media Sosial Tertinggi Oleh Syarikat Farmasi

Menurut data penyelidikan yang dianalisis dan diterbitkan oleh portal perdagangan dalam talian Comprar Acciones pada 26 Mei lalu, perbelanjaan iklan farmasi di Amerika Syarikat meningkat 41% secara keseluruhan pada bulan Januari dan Februari 2021.

Kenaikan itu disebabkan oleh pertumbuhan perbelanjaan iklan digital yang pesat meningkat sebanyak 242% tahun ke tahun (y-o-y) dalam tempoh yang sama oleh jenama yang sama.Sebaliknya, perbelanjaan iklan cetak dalam dua bulan tersebut menurun sebanyak 23% y-o-y.

Portal itu mengatakan bahawa kebiasaan syarikat-syarikat dalam industri ini akan berbelanja lebih sedikit pada setiap awal tahun. Tetapi peningkatan populariti pengiklanan digital memberi sumbangan besar kepada penurunan iklan media cetak.

Memetik dari analisis data dan syarikat perunding jenama yang berpangkalan di London, Kantar Group, portal itu mengatakan perbelanjaan iklan digital Amerika Syarikat meningkat 43% pada tahun 2020.

Dalam tempoh yang sama, perbelanjaan iklan di media cetak turun sebanyak 16%, sementara media di luar rumah (OOH) mencatatkan penurunan sebanyak 81%.

Keseluruhan perbelanjaan iklan farmasi pada tahun ini berjumlah AS$ 6.58 bilion. Jumlah itu meningkat sedikit sebanyak AS$ 0.02 bilion daripada jumlah tahun 2019 sebanyak AS$ 6.56 bilion. Walau bagaimanapun, keseluruhan perbelanjaan AS untuk iklan menurun sebanyak 13% y-o-y.

Selain farmasi, salah satu lagi kategori yang mencatat pertumbuhan perbelanjaan iklan digital tertinggi adalah “kecergasan, diet dan spa”.

Sebagai contoh, dalam tempoh antara Disember 2020 dan Januari 2021, kategori tersebut hampir menggandakan perbelanjaan iklan digitalnya. Ia meningkat dari AS$ 9,46 bilion kepada AS $36,37 bilion.

Comprar Acciones mengatakan kesihatan telah menjadi fokus utama sepanjang tahun ini kesan wabak pendemik Covid-19.

Ia menjelaskan bahawa menurut kajian Cleveland Clinic, 68% penduduk Amerika Syarikat memberi perhatian lebih kepada faktor risiko yang berkaitan dengan kesihatan selain Covid-19. Oleh itu, sementara kategori pengiklanan lain mengurangkan anggaran iklan, pemasar farmasi terus menggandakan pelaburan iklan mereka dan berjaya memperoleh keuntungan.

Pada masa lalu, pendorong utama perbelanjaan iklan farmasi adalah berpunca dari pelancaran ubat baru. Tetapi pada tahun 2020, terdapat perubahan pelaburan kepada iklan ubat-ubatan yang mendadak dan tidak seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

Lebih-lebih lagi, kebanyakkan jenama farmasi juga biasanya berhadapan dengan kekangan ketika mempertimbangkan iklan digital kerana masalah garis panduan pengiklanan yang ketat. Iklan digital yang disasarkan terhad untuk pesakit kronik.

Iklan TV pula masih mencatatkan platform media paling teratas dari segi perbelanjaan iklan, merangkumi 75% daripada jumlah keseluruhan tahun 2020, sebanyak AS$ 4.58 bilion.

Ini menandakan sedikit peningkatan sebanyak 2% dari tahun 2019 apabila iklan TV hanya menyumbang 73% daripada pelaburan iklan farmasi Amerika Syarikat. – SM

Kredit: Comprar Acciones

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button