Nasionalpilihan

9 individu dikompaun kerana adakan majlis sambutan hari lahir di pejabat

SEMBILAN individu dikompaun kerana mengadakan majlis sambutan hari lahir di dalam pejabat di kawasan Pusat Dagangan NZX, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fkahruddin Abdul Hamid berkata, pemeriksaan mengejut dilakukan kira-kira pukul 2.50 petang hasil aduan orang ramai.

“Dalam pemeriksaan itu, kita telah mendapati terdapat majlis sambutan hari lahir yang diadakan di dalam sebuah bilik sebuah pejabat.

“Terdapat sembilan individu iaitu lima wanita dan empat lelaki berusia lingkungan 23 hingga 45 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Mohamad Fakhruddin, aktiviti tersebut adalah dilarang sebagai di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Ujarnya, kesemua individu juga telah dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap orang manakala penganjur majlis dikenakan sebanyak RM25,000.

“Kita ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi SOP yang dikeluarkan untuk bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19,” katanya. -SM

(Visited 216 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button