Nasional
Petugas media terima tarikh temu janji vaksin bermula hari ini
PETUGAS media mula mendapat janji temu untuk suntukan vaksin Covid-19 bermula hari ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, kumpulan media termasuk wartawan dan jurugambar akan mula mendapat suntikan vaksin bermula Rabu.
“Bermula hari ini, akan ada petugas media yang akan mendapat janji temu. Bagaimanapun, senarai jumlah sebenar petugas media ini sedang disemak di peringkat akhir ini,” katanya kepada media selepas melawat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC, yang mula beroperasi, hari ini.
Khairy dalam sidang media Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) pada 28 April lalu, mengumumkan kira-kira 1,500 petugas media bakal menerima vaksinasi pada Mei.-SM